Skip to main content

Posts

PENGECUALIAN & DISKAUN DUTI SETEM LHDN (PINDAHMILIK & FINANCING OF LOAN)

Assalamulaikum Hari ini saya nak share sedikit tentang PENGECUALIAN & DISKAUN Duti Setem LHDN. siapa yang belum biasa dengan pembelian rumah, saya nak bagitahu setiap pembeli akan menanggung duti setem yang kena dibayar kepada LHDN mengikut harga semasa atau harga Perjanjian Jual Beli (mana-mana yang lebih tinggi). kalau kita tengok kos guaman sampai RM10,000 tu selalunya yuran guaaman RM4k je, yang lain-lain tu kos yang kita kena bayar kepada pejabat tanah, bayar kepada LHDN sampai boleh mencecah RM6,000. Banyak kan? Oleh itu kerajaan ada buat PENGECUALIAN & DISKAUN PEMBAYARAN LHDN bagi pembelian RUMAH PERTAMA. Maksudnya, pembeli tak perlu bayar duti setem LHDN tersebut. Best kan? ini bagi menggalakkan anak muda mempunyai RUMAH PERTAMA. Duti setem LHDN ni ada 2 jenis. 1) pindahmilik 2) Financing of Loan (security) DUTI SETEM LHDN PINDAHMILIK Nilai hartanah 1)RM 300,000 ke bawah -> Pengecualian PENUH (free) 2)RM300,000-RM500,000-> Diskaun RM5,000 (hanya ba...

SETIAUSAHA SYARIKAT (SDN BHD) NEGERI KELANTAN

Tetuan Mutiara Rusly & Co. telah dilantik sebagai SETIAUSAHA SYARIKAT yang berdaftar bawah SSM. Kami menyediakan perkhidmatan penubuhan syarikat sendirian berhad baru dan perkhidmatan pengurusan perniagaan. Mempunyai lesen yang sah dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menjalankan servis ini di bawah Seksyen 235 Akta Syarikat, 2016. Perkhimatan yang ditawarkan adalah seperti berikut : Penubuhan syarikat sdn bhd baru Kesetiausahaan syarikat Perakaunan & percukaian Pendaftaran pelbagai lesen (MOF, PKK, CIDB, KWSP, SOCSO, PETRONAS dll.) Pendaftaran perniagaan (ROB) Kertas kerja pinjaman Dan lain lain. Untuk keterangan lanjut boleh wassap kami: www.wassap.my/601110640676/SSM Atau call 011-10640676 Hanani

PINDAHMILIK TANAH DARI IBU BAPA KEPADA ANAK

Firma kami dihadiri oleh seorang anak lelaki dan ibu bapanya yang telah tua. Dia mengadu kepada kami, borang 14A yang telah diisi oleh nya (untuk pindamilik tanah dari ibu kepada anak) tidak diterima oleh Pejabat Tanah Daerah, gara-gara tanah yang dimiliki oleh ibu tersebut masih bawah status Pemegang Amanah. Maksudnya sewaktu ibunya masih bawah umur, tanah itu didaftarkan atas nama ibunya namun, perlu ada pemegang amanah iaitu atuknya. Namun, sehingga atuk meninggal dunia, tanah tersebut tidak diselesaikan. Kini, ibu tersebut ingin pindah milik tanah tersebut kepada anak lelakinya yang telah menjangkau umur 30 tahun namun terdapat isu yang perlu di selesaikan terlebih dahulu. PERMOHONAN PEMBATALAN PEMEGANG AMANA H Pertama sekali, Si ibu perlu buat PERMOHONAN PEMBATALAN PEMEGANG AMANAH di Mahkamah Tinggi. Iaitu membatalkan nama atuknya sebagai pemegang amanah kepada si ibu. Permohonan ini peguam perlu uruskan, melalui SAMAN PEMULA & AFFIDAVIT SOKONGAN yang akan difailkan d...

KES SYARIAH DI KELANTAN

Alhamdulillah dengan izin Allah. Mulai hari ini Firma Mutiara Rusly & Co. akan mengendalikan kes-kes syariah di Negeri Kelantan. Antara kes-kes yang dikendalikan adalah: a) Tuntutan Harta Sepencarian b) Harta Pusaka c) Nafkah Isteri/Anak/Nafkah edah d) Hibah/ Wasiat e) Permohonna Fasakh f) Permohonan Perceraian g) Perceraian secara taqliq h) Mutaah i) Tuntutan Hadanah/ mengubah perintah hak jagaan anak j) Gantirugi Perkahwinan k) Gantirugi Pertunangan l) lain-lain untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi kami di 011-19990747 @ email: mutiararuslylaw@gmail.com

KES BERKENAAN DENGAN UGUTAN

SOALAN: Assalamualaikum pada puan peguam. Awning yang baru 4 bulan saya beli telah 2 kali bocor. Syarikat awning yang pasang tu telah repair 2 kali. hari ini bocor lagi setelah hujan lebat pagi tadi. Kecewa dengan pemasangan dan repair yang dibuat, saya maklumkan akan report kepada KPDNKK dan akan viralkan dalam facebook. tapi reply yang saya dapat dari owner syarikat, dia mengatakan saya MENGUGUT dan akan buat report polis. Soalannya: Adakah tindakan saya dikira satu ugutan bila viralkan dalam facebook dan report ke KPDNKK? Mohon pencerahan dari yang pakar. JAWAPAN: Pada pandangan saya, laporan kepada tribunal/KPDNKK/pihak-pihak yang berkaitan bukan satu ugutan. Jika viral di FB juga bukan satu ugutan. Dengan menggunakan bahasa yang baik kita panggil "review/feedback". Ugutan adalah bila ada ancaman. Contoh: Kalau kau tak baiki balik/tak bayar ganti rugi, aku akan bakar kedai kau. Yang ini dikira sebagai ancaman, kerana mendatangkan ketakutan. KANUN KESEKSAAN (...

KEMALANGAN DAN PROPERTY DAMAGE CLAIM

* Ini hanyalah sedikit perkongsian dan bukanlah penerangan secara menyeluruh. Situasi 1 (contoh) : Kereta kita sedang diparkir di dalam kotak parkir secara sah di sisi undang2. Namun tiba2 kereta lain melanggar kereta kita yang sedang diparkir tersebut. Kemudian melarikan diri. Mungkin bernasib baik, ada saksi di tempat kejadian yang nampak dan sempat mencatat no.plat kereta yang melanggar kereta kita. Apakah yang perlu kita lakukan? 1. Buat repot polis dulu. Lepas repot baru fikir pilihan untuk claim. Pilihan/Option: 1. Claim atas insuran sendiri sekiranya kita cover untuk 1st party/comprehensive. (untuk kes kita tak salah, pilihan ini amat merugikan sebab NCD akan berkurangan yang menyebabkan bayaran insuran untuk tahun akan datang menjadi lebih mahal. Take note: rugi SEKIRANYA kita tak salah okayyy) 2. Claim atas insuran sendiri terlebih dahulu, kemudian claim balik NCD kereta pihak lawan. Untuk pilihan ini, KEDUA2 PEMANDU KENDERAAN YANG TERLIBAT WAJIB MEMBUAT LAPORAN...

KES PECAH BAHAGIAN TANAH

Suatu kes yang biasa terjadi yang saya uruskan. Apabila ada tanah di bandar bernilai 6 Juta, dan dalam geran tersebut ada 5 penama. saya namakan Ainul, Wana, Fairuz, Adnin dan Hani. Satu syarikat pemaju berminat untuk membeli tanah tersebut untuk dibuat kawasan perumahan. Ainul,Wana, Fairuz & Adnin bersetuju untuk menjual tanah tersebut. Namun, Hani tidak bersetuju untuk menjual memandangkan Hani merancang untuk menjalankan bisnes atas tanah bahagiannya. Oleh yang demikian, Ainul , Wana, Fairuz & Adnin bercadang untuk membuat pecah bahagian pada tanah tersebut supaya mereka boleh menjual tanah mereka sahaja tanpa melibatkan tanah Hani. setelah Pecah Bahagian Tanah, tanah tersebut akan mendapat 2 geran yang berasingan Apabila berurusan dengan Juru ukur yang berlesen, Juru ukur tersebut menyatakan kos bagi pecah bahagian bagi tanah bernilai 6 juta adalah sebanyak RM300,000. Ke empat-empat mereka bersetuju untuk membuat pecah bahagian namun Hani bersetuju untuk p...