Skip to main content

KES PECAH BAHAGIAN TANAH

Suatu kes yang biasa terjadi yang saya uruskan. Apabila ada tanah di bandar bernilai 6 Juta, dan dalam geran tersebut ada 5 penama. saya namakan Ainul, Wana, Fairuz, Adnin dan Hani.

Satu syarikat pemaju berminat untuk membeli tanah tersebut untuk dibuat kawasan perumahan. Ainul,Wana, Fairuz & Adnin bersetuju untuk menjual tanah tersebut. Namun, Hani tidak bersetuju untuk menjual memandangkan Hani merancang untuk menjalankan bisnes atas tanah bahagiannya. Oleh yang demikian, Ainul , Wana, Fairuz & Adnin bercadang untuk membuat pecah bahagian pada tanah tersebut supaya mereka boleh menjual tanah mereka sahaja tanpa melibatkan tanah Hani.

setelah Pecah Bahagian Tanah, tanah tersebut akan mendapat 2 geran yang berasingan


Apabila berurusan dengan Juru ukur yang berlesen, Juru ukur tersebut menyatakan kos bagi pecah bahagian bagi tanah bernilai 6 juta adalah sebanyak RM300,000. Ke empat-empat mereka bersetuju untuk membuat pecah bahagian namun Hani bersetuju untuk pecah bahagian tapi tidak untuk membayar kos tersebut iaitu RM60,000 seorang.

APA YANG PERLU AINUL, WANA, FAIRUZ & ADNIN LAKUKAN?

sebagai seorang peguam, saya sentiasa menyediakan beberapa alternative/solusi yang sesuai dengan kehendak client saya. 

1. Jika ke empat-empat mereka kesuntukan masa (perlu proses yang cepat), mereka terpaksa bayarkan kos bahagian Hani. dan Hani dikira ambil kesempatan kerana dia dapat pecah bahagian tanahnya tanpa mengeluarkan sebarang kos.

2. Atau jika ke empat-empat mereka tak setuju untuk berkongsi (tolong bayarkan) , memang tak boleh pecah bahagian . itu ruginya, kerana syarat pecah bahagian semua penama dalam geran perlu bersetuju untuk pecah bahagian. dan selalunya kos dibayar bersama-sama.

3. Atau, kelima-lima penama atas persetujuan bersama membuat Perjanjian Persetujuan  yang mana, kempat-empat mereka membayarkan terlebih dahulu bagi bahagian Hani, dan Hani boleh membayar secara ansurans kepada mereka (contoh RM5,000 sebulan) sehingga selesai. selagi pembayaran tersebut tidak langsai, geran bahagian Hani tidak akan diberikan kepada Hani.

4. Ainul, Fairuz, Wana & Adnin juga boleh membuat Permohonan di Mahkamah Tinggi melalui peguam bawah S. 141A Kanun Tanah Negara yang mana membenarkan mana-mana pemilik bersama sesuatu tanah pertanian geran kongsi memohon untuk kelulusan pecah bahagian, walaupun pemilik-pemilik bersama yang lain tak bersetuju untuk buat pecah bahagian. Mahkamah akan meluluskan permohonan tersebut dan kos pecah bahagian tersebut mestilah ditanggung oleh Pemohon.


SEBARANG PERTANYAAN BOLEG HUBUNGI KAMI: mutiararuslylaw@gmail.com
call/wassap (office hour: 011-19990747)

Comments

Popular posts from this blog

Mitigasi Kes Dadah (Akta Dadah Berbahaya)

Di Mahkamah paling banyak kes yang ada hari-hari adalah kes dadah. 1) Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952 . Kesalahan di bawah seksyen ini selalunya disebut sebagai 'kes urine ' yang mana apabila polis membuat ujian air kencing/sample darah, air kencing tersebut didapati positif dadah (mengandungi dadah). Hukuman: Denda tak melebihi RM5,000 atau penjara tak melebihi 2 tahun. Untuk tuduhan bawah Seksyen  15 (1)(a) ADB  , selalunya OKT akan mengaku salah. jarang-jarang OKT tidak mengaku salah dan minta dibicarakan kerana hukuman yang ditetapkan adalah agak ringan, iaitu paling tinggi denda RM5,000 yang mana jika minta dibicarakan kos untuk melantik peguam adalah lebih tinggi dari denda yang dikenakan Mahkamah lebih kurang RM1,500-RM3,500 (bergantung kepada budibicara majistret masing-masing). Kecuali jika seseorang itu berstatus tinggi, mempunyai reputasi yang perlu dijaga. Dia akan minta dibicarakan dan melantik peguam untuk membersihkan namanya walaupun menelan kos yan...

PERANAN PEGUAM MEWAKILI PENJENAYAH

ANTARA perkara yang selalu menjadi persoalan dalam kalangan masyarakat awam apabila mendapat tahu seseorang itu bertugas sebagai peguam­bela dan peguamcara, atau sedang belajar dalam bidang perundangan dan bakal menjadi peguam, adalah berke­naan dengan persoalan, di manakah letaknya nilai prinsip dan moral seseorang peguam yang sanggup mempertahankan dan membela seseorang penjenayah yang dituduh di mahkamah; tidak tahukah para peguam membezakan dosa dan pahala, hanya semata-mata untuk mengaut yuran guaman beribu-ribu? Bayangkan apabila seseorang itu didakwa di mahkamah atas kesalahan rasuah, atau membunuh, atau merogol, misalnya — tentu sahaja masyarakat pada umum­nya menginginkan keadilan terlaksana dengan memastikan penjenayah tersebut disumbat di penjara, atau jika perlu, dihukum dengan sebatan dan hukuman lain yang diperuntukkan di sisi undang-undang semaksimum mungkin. Hal ini penting, supaya keselamatan awam dapat dijaga, penjenayah diasingkan bagi melindungi orang awam...

PENGECUALIAN & DISKAUN DUTI SETEM LHDN (PINDAHMILIK & FINANCING OF LOAN)

Assalamulaikum Hari ini saya nak share sedikit tentang PENGECUALIAN & DISKAUN Duti Setem LHDN. siapa yang belum biasa dengan pembelian rumah, saya nak bagitahu setiap pembeli akan menanggung duti setem yang kena dibayar kepada LHDN mengikut harga semasa atau harga Perjanjian Jual Beli (mana-mana yang lebih tinggi). kalau kita tengok kos guaman sampai RM10,000 tu selalunya yuran guaaman RM4k je, yang lain-lain tu kos yang kita kena bayar kepada pejabat tanah, bayar kepada LHDN sampai boleh mencecah RM6,000. Banyak kan? Oleh itu kerajaan ada buat PENGECUALIAN & DISKAUN PEMBAYARAN LHDN bagi pembelian RUMAH PERTAMA. Maksudnya, pembeli tak perlu bayar duti setem LHDN tersebut. Best kan? ini bagi menggalakkan anak muda mempunyai RUMAH PERTAMA. Duti setem LHDN ni ada 2 jenis. 1) pindahmilik 2) Financing of Loan (security) DUTI SETEM LHDN PINDAHMILIK Nilai hartanah 1)RM 300,000 ke bawah -> Pengecualian PENUH (free) 2)RM300,000-RM500,000-> Diskaun RM5,000 (hanya ba...