ANTARA perkara yang selalu menjadi persoalan dalam kalangan masyarakat awam apabila mendapat tahu seseorang itu bertugas sebagai peguambela dan peguamcara, atau sedang belajar dalam bidang perundangan dan bakal menjadi peguam, adalah berkenaan dengan persoalan, di manakah letaknya nilai prinsip dan moral seseorang peguam yang sanggup mempertahankan dan membela seseorang penjenayah yang dituduh di mahkamah; tidak tahukah para peguam membezakan dosa dan pahala, hanya semata-mata untuk mengaut yuran guaman beribu-ribu? Bayangkan apabila seseorang itu didakwa di mahkamah atas kesalahan rasuah, atau membunuh, atau merogol, misalnya — tentu sahaja masyarakat pada umumnya menginginkan keadilan terlaksana dengan memastikan penjenayah tersebut disumbat di penjara, atau jika perlu, dihukum dengan sebatan dan hukuman lain yang diperuntukkan di sisi undang-undang semaksimum mungkin. Hal ini penting, supaya keselamatan awam dapat dijaga, penjenayah diasingkan bagi melindungi orang awam...
Comments
Post a Comment