Skip to main content

Mitigasi Kes Dadah (Akta Dadah Berbahaya)

Di Mahkamah paling banyak kes yang ada hari-hari adalah kes dadah.

1) Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952. Kesalahan di bawah seksyen ini selalunya disebut sebagai 'kes urine' yang mana apabila polis membuat ujian air kencing/sample darah, air kencing tersebut didapati positif dadah (mengandungi dadah).
Hukuman: Denda tak melebihi RM5,000 atau penjara tak melebihi 2 tahun.

Untuk tuduhan bawah Seksyen 15 (1)(a) ADB , selalunya OKT akan mengaku salah. jarang-jarang OKT tidak mengaku salah dan minta dibicarakan kerana hukuman yang ditetapkan adalah agak ringan, iaitu paling tinggi denda RM5,000 yang mana jika minta dibicarakan kos untuk melantik peguam adalah lebih tinggi dari denda yang dikenakan Mahkamah lebih kurang RM1,500-RM3,500 (bergantung kepada budibicara majistret masing-masing).
Kecuali jika seseorang itu berstatus tinggi, mempunyai reputasi yang perlu dijaga. Dia akan minta dibicarakan dan melantik peguam untuk membersihkan namanya walaupun menelan kos yang tinggi.

2) Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Kesalahan di bawah seksyen ini adalah kesalahan memiliki sejumlah dadah berbahaya. Semasa polis membuat pemeriksaan didapati dalam milikan OKT (di poket/ di beg/ di rumah) dadah berbahaya.
Hukuman: Denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Untuk hukuman ini, bergantung kepada jumlah dadah yang dinyatakan dalam Laporan Kimia. banyak jumlah dadah, tinggi juga dendanya.

_______________________________________________________________________________


Kebanyakakan OKT memilih untuk mengaku bersalah atas sebab-sebab yang berikut:-

1. OKT tidak mahu memanjangkan cerita
2. OKT sudah biasa dituduh dan faham prosedur Mahkamah
3. Mengaku bersalah lebih mudah dan lebih ringan hukumannya berbanding 'menegakkan benang yang basah'. Yang mana perlu melalui proses bicara yang panjang, dan perlu melantik peguam dengan yuran guaman yang lebih tinggi daripada jumlah denda yang dikenakan jika OKT mengaku salah.
4. Hukuman yang diperuntukkan dalam Akta tidak begitu berat

(gambar google)


Mitigasi adalah faktor-faktor peringanan dalam memohon Mahkamah hukuman yang lebih ringan. Selalunya peguam akan membuat mitigasi apabila OKT mengaku bersalah atau peguam membuat mitigasi untuk mohon kurangkan jumlah wang ikat jamin.

faktor-faktor mitigasi yang sering dititikberatkan oleh peguam adalah:-

1) pekerjaan OKT/ pendapatan
2) Mempunyai tanggungan yang tinggi (menanggung isteri, ibu bapa yang sakit, anak yang ramai)
3) Pelajaran. Jika lepasan universiti, OKT mempunyai masa depan yang cerah
4)OKT mempunyai penyakit (seperti kencing manis, darah tinggi dll) perlu menerima rawatan /ubat yang berterusan
5) Rumah OKT berada dalam daerah yang sama yang menjadikan sukar untuk OKT melarikan diri (mitigasi bagi ikat jamin)
6) Jumlah dadah yang sangat sedikit
7) OKT merupakan pesalah kali pertama, yang mana jika OKT mmepunyai rekod lampau atau masih dalam pemantauan polis, jumlah denda atau penjara adalah lebih tinggi
8) OKT merupakan pesalah muda, baru melepasi umur kanak-kanak, yang mana masih dalam fasa belajar mengenal dunia luar/ mudah terpengaruh
9) Ibu bapa/ keluarga OKT hadir pada hari ini di Mahkamah, ini menunjukkan bahawa OKT masih diperlukan oleh keluarganya
10) OKT telah insaf dan berjanji untuk tidak mengulangi kesalahan ini lagi

OKT boleh pilih untuk hukuman penjara atau denda. jika tiada duit untuk membayar denda, boleh pilih hukuman penjara yang minima dari tarikh tangkap.

sebarang pertanyaan, boleh email: mutiararuslylaw@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PERANAN PEGUAM MEWAKILI PENJENAYAH

ANTARA perkara yang selalu menjadi persoalan dalam kalangan masyarakat awam apabila mendapat tahu seseorang itu bertugas sebagai peguam­bela dan peguamcara, atau sedang belajar dalam bidang perundangan dan bakal menjadi peguam, adalah berke­naan dengan persoalan, di manakah letaknya nilai prinsip dan moral seseorang peguam yang sanggup mempertahankan dan membela seseorang penjenayah yang dituduh di mahkamah; tidak tahukah para peguam membezakan dosa dan pahala, hanya semata-mata untuk mengaut yuran guaman beribu-ribu? Bayangkan apabila seseorang itu didakwa di mahkamah atas kesalahan rasuah, atau membunuh, atau merogol, misalnya — tentu sahaja masyarakat pada umum­nya menginginkan keadilan terlaksana dengan memastikan penjenayah tersebut disumbat di penjara, atau jika perlu, dihukum dengan sebatan dan hukuman lain yang diperuntukkan di sisi undang-undang semaksimum mungkin. Hal ini penting, supaya keselamatan awam dapat dijaga, penjenayah diasingkan bagi melindungi orang awam...

PENGECUALIAN & DISKAUN DUTI SETEM LHDN (PINDAHMILIK & FINANCING OF LOAN)

Assalamulaikum Hari ini saya nak share sedikit tentang PENGECUALIAN & DISKAUN Duti Setem LHDN. siapa yang belum biasa dengan pembelian rumah, saya nak bagitahu setiap pembeli akan menanggung duti setem yang kena dibayar kepada LHDN mengikut harga semasa atau harga Perjanjian Jual Beli (mana-mana yang lebih tinggi). kalau kita tengok kos guaman sampai RM10,000 tu selalunya yuran guaaman RM4k je, yang lain-lain tu kos yang kita kena bayar kepada pejabat tanah, bayar kepada LHDN sampai boleh mencecah RM6,000. Banyak kan? Oleh itu kerajaan ada buat PENGECUALIAN & DISKAUN PEMBAYARAN LHDN bagi pembelian RUMAH PERTAMA. Maksudnya, pembeli tak perlu bayar duti setem LHDN tersebut. Best kan? ini bagi menggalakkan anak muda mempunyai RUMAH PERTAMA. Duti setem LHDN ni ada 2 jenis. 1) pindahmilik 2) Financing of Loan (security) DUTI SETEM LHDN PINDAHMILIK Nilai hartanah 1)RM 300,000 ke bawah -> Pengecualian PENUH (free) 2)RM300,000-RM500,000-> Diskaun RM5,000 (hanya ba...