Skip to main content

Servis kami

TETUAN MUTIARA RUSLY & CO. 
Peguambela & Peguamcara
_______________________

TUNTUTAN INSURANS
·        Tuntutan Kecederaan Peribadi (Personal Injury Claim)
·        Kerosakan harta benda (Property Damage Claim)
·        Kemalangan Kereta Akibat Kegiatan Jenayah (Car Accident Resulting From Criminal Activities)
·        Kemalangan Disebabkan Oleh Jalan Raya atau Lebuhraya Yang tidak Selamat (Accidents Caused by Unsafe Road)


Menuntut ganti rugi mestilah kurang 3 tahun dari tarikh kemalangan. Apabila seseorang mengalami kecederaan seperti Patah tangan, kaki, pengsan, kecacatan kekal atau sementara, disebabkan kecuaian pihak lain (seperti langgar belakang, masuk simpang, membuat U-turn tidak pada tempatnya, melanggar lampu isyarat), pihak yang mengalami kecederaan dan/atau mengalami kerosakan harta benda boleh menuntut insurans yang melindungi pihak satu lagi.



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


UNDANG-UNDANG KOMERSIAL
·        Perjanjian Menubuhkan Perkongsian
·        Penyediaan Memorandum Persefahaman
·        Menyediakan Perjanjian Usahasama antara syarikat-syarikat tempatan
·        Penyediaan dan penyempurnaan pelbagai perjanjian termasuk perjanjian perundingan, perjanjian penyewaan, perjanjian kredit
·        Penyediaan perjanjian Perniagaan
·        Perjanjian antara Syarikat dan Agen

Banyak sekali usahawan-usahawan yang terlibat dengan Perniagaan dan menjalankan usahasama/kerjasama dengan syarikat lain tanpa membuat apa-apa perjanjian, namun sekadar perjanjian mulut kerana menganggap perkara tersebut remeh, memakan kos & hanya sekadar prosedur yang formal.
Sedangkan, sudah ramai usahawan-usahawan sebelum ini yang kerugian ratusan ribu ringgit kerana mengabaikan perkara yang dianggap remeh ini. Apabila tiada perjanjian, suatu pihak akan sewenang-wenangnya    melaksanakan perkerjaan tersebut dengan tidak serius & bila-bila masa boleh menghilangan diri begitu saja.    Yang menanggung rugi kita juga.
Kenapa kena guna perjanjian dan kena ada peguam? Supaya peguam boleh kaji hak-hak kita yang sepatutnya diletakkan dalam perjanjian tersebut. Banyak kes-kes sebelum ini yang saya kendalikan, si A & B buat perjanjian sendiri dan masing-masing setuju, tapi akhirnya tak sedar perjanjian tersebut berat sebelah. Si B langsung tak sedar yang perjanjian tersebut langsung tak memihak kepadanya. Hanya memberi manfaat kepada si A.
Bila bawa kes ini ke Mahkamah, Mahkamah akan tengok pada perjanjian tersebut. Apabila dengan waras & relahati si B tandatangan perjanjian tersebut, Mahkamah mengatakan yang perjanjian tersebut sah. Kecuali kita oleh buktikan yang kita dipaksa, tanpa rela hati, dipengaruh, misrepresentation, atau perjanjian tersebut palsu. Bagaimana pun perjanjian tersebut sah di bawah Contact Act 1950.




 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------


UNDANG-UNDANG HARTANAH
·        Perjanjian Jual Beli (Sale & Purchase Agreement)
·        Perjanjian Ikatan Penyerahan (Deed of Assignment)
·        Surat Kuasa (Power of Attorney)
·        Perjanjian Sewaan (Tenancy Agreement)  
·        Sewaan & Pajakan
·        Pengurusan Lepas gadaian
·        Penyediaan Perjanjian Sewa beli
·        Permohonan Pecah sempadan/ Pecah bahagian
·        Permohonan Batal Amanah
·        Pengesahan Kematian


4 SITUASI KEBIASAAN PERLU MENDAPAT KEBENARAN MAHKAMAH TERLEBIH DAHULU UNTUK URUSAN PINDAH MILIK HARTANAH/ PECAH BAHAGIAN/ PECAH SEMPADAN

1. Jika ada tuan-tuan tanah meninggal dunia
2. Jika ada tuan-tuan tanah itu adalah kanak-kanak (berumur 18 tahun kebawah) dan ada Pemegang Amanah
3. Jika ada tuan Tanah yang OKU, tak kira dari segi fizikal dan mental @ kurang waras
4. Jika ada antara tuan tanah yang tidak setuju dengan kaedah pembahagian sempadan/bahagian tanah @ yang enggan terus pecah bahagian tanah tersebut

Jika ada tuan-tuan tanah yang termasuk dalam situasi di atas, anda hendaklah mendapatkan Perintah Mahkamah terlebih dahulu. Untuk prosedur ini selalunya diuruskan oleh Peguam yang dilantik.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

PENTADBIRAN ESTET & HARTA PUSAKA
·        Menyediakan & melaksanakan wasiat
·        Menyediakan Hibah
·        Menyediakan permohonan Surat Wakil Kuasa
·        Hal ehwal Probet & Amanah
·        Pengurusan Harta Pusaka (Pembahagian Harta Pusaka)
·  Perlantikan Pentadbir

------------------------------------------------------------------------------------------------

UNDANG-UNDANG PERHUBUNGAN PERUSAHAAN
·        Konflik majikan & Pekerja (Trade Dispute)
·        Pemberhentian & Penamatan Pekerjaan
·        Prosiding Mahkamah Perusahaan


-----------------------------------------------------------------------------------------

LITIGASI JENAYAH

Menyediakan Mitigasi & Bicara Untuk Semua Kes Jenayah
Perkhidmatan kami dalam undang-undang jenayah merangkumi kes-kes:
·        Dadah (Drug)
Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952
Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952
·        Rasuah (Corruption)
·        Penculikan (Kidnapping)
·        Penipuan (Fraud)
·        Pengubahan Wang Haram (Money Laundering)
·        Penyelewengan Senjata Api (Weapon Deviation)

------------------------------------------------------------------------------------

UNDANG -UNDANG KELUARGA 
·        Pengambilan Anak Angkat & Jagaan
·        Permohonan Perceraian Perkahwinan bagi non-muslim
____________________________________________________________________________

Hubungi kami : telefon/Whats App: 011-10940676 / 011-10640676 (office hour)
email: mutiararuslylaw@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

Mitigasi Kes Dadah (Akta Dadah Berbahaya)

Di Mahkamah paling banyak kes yang ada hari-hari adalah kes dadah. 1) Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952 . Kesalahan di bawah seksyen ini selalunya disebut sebagai 'kes urine ' yang mana apabila polis membuat ujian air kencing/sample darah, air kencing tersebut didapati positif dadah (mengandungi dadah). Hukuman: Denda tak melebihi RM5,000 atau penjara tak melebihi 2 tahun. Untuk tuduhan bawah Seksyen  15 (1)(a) ADB  , selalunya OKT akan mengaku salah. jarang-jarang OKT tidak mengaku salah dan minta dibicarakan kerana hukuman yang ditetapkan adalah agak ringan, iaitu paling tinggi denda RM5,000 yang mana jika minta dibicarakan kos untuk melantik peguam adalah lebih tinggi dari denda yang dikenakan Mahkamah lebih kurang RM1,500-RM3,500 (bergantung kepada budibicara majistret masing-masing). Kecuali jika seseorang itu berstatus tinggi, mempunyai reputasi yang perlu dijaga. Dia akan minta dibicarakan dan melantik peguam untuk membersihkan namanya walaupun menelan kos yan...

HIBAH UNTUK KELUARGA

Banyak kes keluarga pecah belah kerana harta pusaka. Putus sedara kerana keluarga berebutkan tanah. Sedangkan waktu kecil mereka adalah adik beradik yang saling menyayangi sentiasa bermain bersama. Anak menantu hidup sebatang kara kerana tidak mampu mempertahankan hak nya yang diambil ipar duai. Kenapa ini terjadi? Kerana ibu bapa belum mempunyai kesedaran tentang perancangan harta setelah mereka pergi. Rakyat Malaysia perlu diberi kesedaran tentang kepentingan HIBAH. Hibah adalah pemberian sewaktu hidup dari seseorang kepada seseorang. Hibah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja , keluarga, kawan, saudara atau sesiapa sahaja tanpa halangan dengan syarat si pemberi adalah sihat, waras dan tiada paksaan. Hal ini kerana harta itu adalah milik kita sewaktu hidup, jadi kita mempunyai kuasa untuk memberi kepada sesiapa sahaja. Namun, jika tiada hibah, wasiat atau pesanan apa-apa kepada ahli keluarga sebelum kita meninggal, segala harta di bawah nama kita akan dibahagikan mengik...

SETIAUSAHA SYARIKAT (SDN BHD) NEGERI KELANTAN

Tetuan Mutiara Rusly & Co. telah dilantik sebagai SETIAUSAHA SYARIKAT yang berdaftar bawah SSM. Kami menyediakan perkhidmatan penubuhan syarikat sendirian berhad baru dan perkhidmatan pengurusan perniagaan. Mempunyai lesen yang sah dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menjalankan servis ini di bawah Seksyen 235 Akta Syarikat, 2016. Perkhimatan yang ditawarkan adalah seperti berikut : Penubuhan syarikat sdn bhd baru Kesetiausahaan syarikat Perakaunan & percukaian Pendaftaran pelbagai lesen (MOF, PKK, CIDB, KWSP, SOCSO, PETRONAS dll.) Pendaftaran perniagaan (ROB) Kertas kerja pinjaman Dan lain lain. Untuk keterangan lanjut boleh wassap kami: www.wassap.my/601110640676/SSM Atau call 011-10640676 Hanani