Skip to main content

KEMALANGAN DAN PROPERTY DAMAGE CLAIM



* Ini hanyalah sedikit perkongsian dan bukanlah penerangan secara menyeluruh.

Situasi 1 (contoh) :
Kereta kita sedang diparkir di dalam kotak parkir secara sah di sisi undang2. Namun tiba2 kereta lain melanggar kereta kita yang sedang diparkir tersebut. Kemudian melarikan diri. Mungkin bernasib baik, ada saksi di tempat kejadian yang nampak dan sempat mencatat no.plat kereta yang melanggar kereta kita.

Apakah yang perlu kita lakukan?
1. Buat repot polis dulu. Lepas repot baru fikir pilihan untuk claim.

Pilihan/Option:

1. Claim atas insuran sendiri sekiranya kita cover untuk 1st party/comprehensive. (untuk kes kita tak salah, pilihan ini amat merugikan sebab NCD akan berkurangan yang menyebabkan bayaran insuran untuk tahun akan datang menjadi lebih mahal. Take note: rugi SEKIRANYA kita tak salah okayyy)

2. Claim atas insuran sendiri terlebih dahulu, kemudian claim balik NCD kereta pihak lawan. Untuk pilihan ini, KEDUA2 PEMANDU KENDERAAN YANG TERLIBAT WAJIB MEMBUAT LAPORAN POLIS. Dan, keputusan kes yang menunjukkan pemandu kereta lawan (yang melanggar kita) disaman polis haruslah dikemukakan kpd insuran.

3. Claim terus ke atas insuran kenderaan yang melanggar kita. Untuk pilihan ini, kebiasaannya kita perlu mengeluarkan wang sendiri terlebih dahulu untuk membaiki kerosakan kereta kita akibat kemalangan tersebut. Kaedah ini agak mengambil masa dan agak rumit serta leceh dan kebiasaannya akan diuruskan oleh peguam. Pilihan ini juga MEWAJIBKAN KEDUA2 PEMANDU KENDERAAN MEMBUAT REPOT POLIS. Kesemua dokumen beserta keputusan kes daripada IO haruslah lengkap. Kaedah ini terpaksa menjadi pilihan pengguna sekiranya mereka membayar insuran 3rd party.

4. Sekiranya kereta pihak lawan tiada roadtax, insuran atau pemandunya tiada lesen, boleh claim dengan tribunal (maaf saya kurang arif). Pilihan lain, paksa pemandu tersebut bayar kerugian kita. Yes, it works! 😅😅😅

Untuk pilihan 1, 2 dan 3, kita perlu hantar kereta kita ke bengkel panel insuran yang berdaftar.

Nota kaki yang sangatttt penting :

1. Kalau kita ada no.plat kereta lawan semata2 tanpa pemandu kenderaan tersebut membuat repot polis, ianya ibarat mencurah air ke daun keladi. Tiada guna guyssss 😏😏😏. Sabar2 baca lagi di bawah.

2. Kita wajib meletakkan no.kereta pihak lawan di dalam repot kita. Dan polis akan membuat siasatan dan cuba menghubungi pemandu tersebut sekiranya pemandu dan pemilik kereta yang melanggar kita adalah manusiaa yang sama. Kerana dalam rekod JPJ berkenaan no.plate kereta adalah rekod PEMILIK sahaja. Diulangi, PEMILIK SAHAJA. Sedangkan, untuk kita berjaya dalam claim kita, PEMANDU kereta lawan yang wajib membuat repot polis. Sekiranya gagal berbuat demikian, diulangi sekali lagi, ibarat mencurah air ke daun keladi. Apatah lagi, sekiranya menurut saksi yang ada, pemandu kereta lawan itu adalah LELAKI, sedangkan mengikut rekod JPJ, pemiliknya adalah WANITA. (Ini contoh)

3. Selanjutnya, selain semakan JPJ, polis biasanya mengesan no.plat kereta tersebut dengan menyemak saman2 atau laporan2 polis yang mungkin pernah dibuat oleh pemandu kereta berkenaan. Jika ada rezeki, mudahlah untuk polis menghubungi pemandu tersebut untuk menyoal dan meminta pemandu berkenaan hadir ke balai untuk membuat repot. Sekiranya tiada maklumat2 tersebut?

4. Haaa di sini lah perlu media sosial untuk kita war2kan. Mohon bantuan rakan dan taulan memberi informasi dalam membantu pihak polis mencari the real culprit yang melanggar kenderaan kita kemudian melarikan diri bak tikus munduk yang pengecut! Bukan apa, hanya untuk memaksa beliau membuat laporan polis bukan untuk bertumbuk atau berkelahi. Kalau tak dipaksa bersemuka untuk repot, confirm lah beliauu tak buat repot.

5. Kenapa sebok2 nak paksa dia buat repot??? Kita kan dah ada no.plat kereta dia. Kerana laporan polis daripada pemandu tersebut WAJIB ada untuk kita claim dengan insuran dia. Jelas? Faham? Tak faham, sila baca nota kaki no.1,2,3,4 dan 5 balik.

Sekiranya pemandu berkenaan masih gagal membuat repot, dapatkan peguam anda dan filing je lah saman di Mahkamah. (Sekiranya jumlah tuntutan berbaloi untuk ke tahap saman di Mahkamah)

*** Sekiranya terdapat informasi yang bercanggah dengan pengetahuan kalian, silalah berkongsi dengan saya. Banyak lagi yang saya perlu belajar.

*** Perkongsian hanyalah secara "surface" untuk PD claim sahaja.

Semoga bermanfaat. Sekian, terima kasih.

Yang benar,
AFIQAH BINTI AMRAN
(TETUAN AFIQAH ATIKAH & CO.)

Catatan peguam menerusi sedikit pengalaman sepanjang hampir 6 tahun menguruskan kes tuntutan kemalangan.

Comments

Popular posts from this blog

Mitigasi Kes Dadah (Akta Dadah Berbahaya)

Di Mahkamah paling banyak kes yang ada hari-hari adalah kes dadah. 1) Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952 . Kesalahan di bawah seksyen ini selalunya disebut sebagai 'kes urine ' yang mana apabila polis membuat ujian air kencing/sample darah, air kencing tersebut didapati positif dadah (mengandungi dadah). Hukuman: Denda tak melebihi RM5,000 atau penjara tak melebihi 2 tahun. Untuk tuduhan bawah Seksyen  15 (1)(a) ADB  , selalunya OKT akan mengaku salah. jarang-jarang OKT tidak mengaku salah dan minta dibicarakan kerana hukuman yang ditetapkan adalah agak ringan, iaitu paling tinggi denda RM5,000 yang mana jika minta dibicarakan kos untuk melantik peguam adalah lebih tinggi dari denda yang dikenakan Mahkamah lebih kurang RM1,500-RM3,500 (bergantung kepada budibicara majistret masing-masing). Kecuali jika seseorang itu berstatus tinggi, mempunyai reputasi yang perlu dijaga. Dia akan minta dibicarakan dan melantik peguam untuk membersihkan namanya walaupun menelan kos yan...

PERANAN PEGUAM MEWAKILI PENJENAYAH

ANTARA perkara yang selalu menjadi persoalan dalam kalangan masyarakat awam apabila mendapat tahu seseorang itu bertugas sebagai peguam­bela dan peguamcara, atau sedang belajar dalam bidang perundangan dan bakal menjadi peguam, adalah berke­naan dengan persoalan, di manakah letaknya nilai prinsip dan moral seseorang peguam yang sanggup mempertahankan dan membela seseorang penjenayah yang dituduh di mahkamah; tidak tahukah para peguam membezakan dosa dan pahala, hanya semata-mata untuk mengaut yuran guaman beribu-ribu? Bayangkan apabila seseorang itu didakwa di mahkamah atas kesalahan rasuah, atau membunuh, atau merogol, misalnya — tentu sahaja masyarakat pada umum­nya menginginkan keadilan terlaksana dengan memastikan penjenayah tersebut disumbat di penjara, atau jika perlu, dihukum dengan sebatan dan hukuman lain yang diperuntukkan di sisi undang-undang semaksimum mungkin. Hal ini penting, supaya keselamatan awam dapat dijaga, penjenayah diasingkan bagi melindungi orang awam...

PENGECUALIAN & DISKAUN DUTI SETEM LHDN (PINDAHMILIK & FINANCING OF LOAN)

Assalamulaikum Hari ini saya nak share sedikit tentang PENGECUALIAN & DISKAUN Duti Setem LHDN. siapa yang belum biasa dengan pembelian rumah, saya nak bagitahu setiap pembeli akan menanggung duti setem yang kena dibayar kepada LHDN mengikut harga semasa atau harga Perjanjian Jual Beli (mana-mana yang lebih tinggi). kalau kita tengok kos guaman sampai RM10,000 tu selalunya yuran guaaman RM4k je, yang lain-lain tu kos yang kita kena bayar kepada pejabat tanah, bayar kepada LHDN sampai boleh mencecah RM6,000. Banyak kan? Oleh itu kerajaan ada buat PENGECUALIAN & DISKAUN PEMBAYARAN LHDN bagi pembelian RUMAH PERTAMA. Maksudnya, pembeli tak perlu bayar duti setem LHDN tersebut. Best kan? ini bagi menggalakkan anak muda mempunyai RUMAH PERTAMA. Duti setem LHDN ni ada 2 jenis. 1) pindahmilik 2) Financing of Loan (security) DUTI SETEM LHDN PINDAHMILIK Nilai hartanah 1)RM 300,000 ke bawah -> Pengecualian PENUH (free) 2)RM300,000-RM500,000-> Diskaun RM5,000 (hanya ba...