Skip to main content

KES BERKENAAN DENGAN UGUTAN

SOALAN:

Assalamualaikum pada puan peguam. Awning yang baru 4 bulan saya beli telah 2 kali bocor. Syarikat awning yang pasang tu telah repair 2 kali. hari ini bocor lagi setelah hujan lebat pagi tadi. Kecewa dengan pemasangan dan repair yang dibuat, saya maklumkan akan report kepada KPDNKK dan akan viralkan dalam facebook. tapi reply yang saya dapat dari owner syarikat, dia mengatakan saya MENGUGUT dan akan buat report polis. Soalannya: Adakah tindakan saya dikira satu ugutan bila viralkan dalam facebook dan report ke KPDNKK? Mohon pencerahan dari yang pakar.

JAWAPAN:

Pada pandangan saya, laporan kepada tribunal/KPDNKK/pihak-pihak yang berkaitan bukan satu ugutan. Jika viral di FB juga bukan satu ugutan. Dengan menggunakan bahasa yang baik kita panggil "review/feedback". Ugutan adalah bila ada ancaman. Contoh: Kalau kau tak baiki balik/tak bayar ganti rugi, aku akan bakar kedai kau. Yang ini dikira sebagai ancaman, kerana mendatangkan ketakutan.


KANUN KESEKSAAN (AKTA 574)

383. PEMERASAN

Barang siapa dengan sengaja mendatangkan kepada mana-mana orang ketakutan bahawa apa-apa bencana akan berlaku ke atas orang itu atau ke atas mana-mana orang lain, dan dengan jalan demikian itu mendorong secara tidak jujur orang yang didatangkan ketakutan itu supaya menyerahkan kepada mana-mana orang harta atau cagaran berharga, atau sesuatu yang bertandatangan atau bermeteri yang boleh dijadikan suatu cagaran berharga, adalah melakukan "pemerasan".

MISALAN-MISALAN

a) A mengugut hendak menyiarkan suatu fitnah bertulis mengenai Z, melainkan jika Z memberi wang kepadanya. A dengan demikian itu mendorong Z supaya memberi wang kepadanya. A telah melakukan pemerasan.

Dengan merujuk kepada Seksyen 383 Kanun Keseksaan dan melihat kepada misalan a), seseorang itu hanya dikira memeras/mengugut jika dia mengatakan yang dia akan menyiarkan suatu fitnah berkenaan dengan orang tersebut sekiranya orang tersebut tidak melakukan apa yang dia inginkan.

bila kita menggunapakai seksyen tersebut kepada kes di atas, kita boleh lihat bahawa tindakan beliau mengatakan akan menviralkan di Facebook dan akan membuat report kepada KPDNKK berkenaan syarikat awning tersebut jelas bukanlah suatu PEMERASAN atau UGUTAN. memandangkan apa yang dinyatakan bukan suatu fitnah. dia hanya menceritakan/menyatakan tentang pengalamannya berurusan dengan sarikat tersebut iaitu suatu kes yang benar-benar terjadi.

Jika yang dinyatakan dia itu suatu fitnah, itu dikira pemerasan dan Syarikat awning tersebut boleh juga membuat tuntutan sivil di Mahkamah kerana menfitnah.

Comments

Popular posts from this blog

Mitigasi Kes Dadah (Akta Dadah Berbahaya)

Di Mahkamah paling banyak kes yang ada hari-hari adalah kes dadah. 1) Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952 . Kesalahan di bawah seksyen ini selalunya disebut sebagai 'kes urine ' yang mana apabila polis membuat ujian air kencing/sample darah, air kencing tersebut didapati positif dadah (mengandungi dadah). Hukuman: Denda tak melebihi RM5,000 atau penjara tak melebihi 2 tahun. Untuk tuduhan bawah Seksyen  15 (1)(a) ADB  , selalunya OKT akan mengaku salah. jarang-jarang OKT tidak mengaku salah dan minta dibicarakan kerana hukuman yang ditetapkan adalah agak ringan, iaitu paling tinggi denda RM5,000 yang mana jika minta dibicarakan kos untuk melantik peguam adalah lebih tinggi dari denda yang dikenakan Mahkamah lebih kurang RM1,500-RM3,500 (bergantung kepada budibicara majistret masing-masing). Kecuali jika seseorang itu berstatus tinggi, mempunyai reputasi yang perlu dijaga. Dia akan minta dibicarakan dan melantik peguam untuk membersihkan namanya walaupun menelan kos yan...

PERANAN PEGUAM MEWAKILI PENJENAYAH

ANTARA perkara yang selalu menjadi persoalan dalam kalangan masyarakat awam apabila mendapat tahu seseorang itu bertugas sebagai peguam­bela dan peguamcara, atau sedang belajar dalam bidang perundangan dan bakal menjadi peguam, adalah berke­naan dengan persoalan, di manakah letaknya nilai prinsip dan moral seseorang peguam yang sanggup mempertahankan dan membela seseorang penjenayah yang dituduh di mahkamah; tidak tahukah para peguam membezakan dosa dan pahala, hanya semata-mata untuk mengaut yuran guaman beribu-ribu? Bayangkan apabila seseorang itu didakwa di mahkamah atas kesalahan rasuah, atau membunuh, atau merogol, misalnya — tentu sahaja masyarakat pada umum­nya menginginkan keadilan terlaksana dengan memastikan penjenayah tersebut disumbat di penjara, atau jika perlu, dihukum dengan sebatan dan hukuman lain yang diperuntukkan di sisi undang-undang semaksimum mungkin. Hal ini penting, supaya keselamatan awam dapat dijaga, penjenayah diasingkan bagi melindungi orang awam...

PENGECUALIAN & DISKAUN DUTI SETEM LHDN (PINDAHMILIK & FINANCING OF LOAN)

Assalamulaikum Hari ini saya nak share sedikit tentang PENGECUALIAN & DISKAUN Duti Setem LHDN. siapa yang belum biasa dengan pembelian rumah, saya nak bagitahu setiap pembeli akan menanggung duti setem yang kena dibayar kepada LHDN mengikut harga semasa atau harga Perjanjian Jual Beli (mana-mana yang lebih tinggi). kalau kita tengok kos guaman sampai RM10,000 tu selalunya yuran guaaman RM4k je, yang lain-lain tu kos yang kita kena bayar kepada pejabat tanah, bayar kepada LHDN sampai boleh mencecah RM6,000. Banyak kan? Oleh itu kerajaan ada buat PENGECUALIAN & DISKAUN PEMBAYARAN LHDN bagi pembelian RUMAH PERTAMA. Maksudnya, pembeli tak perlu bayar duti setem LHDN tersebut. Best kan? ini bagi menggalakkan anak muda mempunyai RUMAH PERTAMA. Duti setem LHDN ni ada 2 jenis. 1) pindahmilik 2) Financing of Loan (security) DUTI SETEM LHDN PINDAHMILIK Nilai hartanah 1)RM 300,000 ke bawah -> Pengecualian PENUH (free) 2)RM300,000-RM500,000-> Diskaun RM5,000 (hanya ba...