Skip to main content

Pengambilan Tanah oleh Kerajaan

Ada seorang client saya, namanya dan anak-anak dimasukkan dalam geran dan dia sebagai Pemegang Amanah kepada anak-anak memandangkan anak anaknya belum berumur 18 tahun ke atas.

Tanah itu adalah hasil pembahagian harta suaminya yang telah meninggal dunia.

Tanah tersebut juga mempunyai 2 penama yang lain.  Iaitu saudara mara arwah suaminya.  Tanah tersebut tidak dipecah sempadan atau dipecah bahagian menjadi kan geran tanah tersebut ada nama penama 1, penama 2, namanya sendiri & nama anak2.

Tiba tiba suatu hari 1/6 daripada keseluruhan tanah tersebut diambil kerajaan untuk dibuat pembangunan. Jadinya wang pampasan tersebut (RM600,000) Kerajaan beri kepada kesemua penama mengikut jumlah bahagian yang dimilikinya. KENAPA SEMUA PENAMA DAPAT SEDANGKAN SEBAHAGIAN JE TANAH YANG DIAMBIL KERAJAAN? jawapannya kerana tiada pecah sempadan atau tiada pecah bahagian. Jadi kita tak tahu,  bahagian yang kerajaan ambil tu bahagian siapa.

Salah seorang Penama yang telah tua, tidak mahu duit (walaupun duit pampasan tersebut telah diterima). Dia memegang bahagian terbesar tanah tersebut (4/6 bahagian). Dia tak nak tanah dia diusik. Oleh yang demikian,  nak mudahkan cerita client saya mengalah,  dia ambil semua wang pampasan dan tanah terbaki itu adalah milik penama 1 & penama 2.

Jadinya client saya terpaksa menerima dia cuma ada sedikit tanah yang tinggal (0.3 ekar) .

Comments

Popular posts from this blog

Mitigasi Kes Dadah (Akta Dadah Berbahaya)

Di Mahkamah paling banyak kes yang ada hari-hari adalah kes dadah. 1) Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952 . Kesalahan di bawah seksyen ini selalunya disebut sebagai 'kes urine ' yang mana apabila polis membuat ujian air kencing/sample darah, air kencing tersebut didapati positif dadah (mengandungi dadah). Hukuman: Denda tak melebihi RM5,000 atau penjara tak melebihi 2 tahun. Untuk tuduhan bawah Seksyen  15 (1)(a) ADB  , selalunya OKT akan mengaku salah. jarang-jarang OKT tidak mengaku salah dan minta dibicarakan kerana hukuman yang ditetapkan adalah agak ringan, iaitu paling tinggi denda RM5,000 yang mana jika minta dibicarakan kos untuk melantik peguam adalah lebih tinggi dari denda yang dikenakan Mahkamah lebih kurang RM1,500-RM3,500 (bergantung kepada budibicara majistret masing-masing). Kecuali jika seseorang itu berstatus tinggi, mempunyai reputasi yang perlu dijaga. Dia akan minta dibicarakan dan melantik peguam untuk membersihkan namanya walaupun menelan kos yan...

PERANAN PEGUAM MEWAKILI PENJENAYAH

ANTARA perkara yang selalu menjadi persoalan dalam kalangan masyarakat awam apabila mendapat tahu seseorang itu bertugas sebagai peguam­bela dan peguamcara, atau sedang belajar dalam bidang perundangan dan bakal menjadi peguam, adalah berke­naan dengan persoalan, di manakah letaknya nilai prinsip dan moral seseorang peguam yang sanggup mempertahankan dan membela seseorang penjenayah yang dituduh di mahkamah; tidak tahukah para peguam membezakan dosa dan pahala, hanya semata-mata untuk mengaut yuran guaman beribu-ribu? Bayangkan apabila seseorang itu didakwa di mahkamah atas kesalahan rasuah, atau membunuh, atau merogol, misalnya — tentu sahaja masyarakat pada umum­nya menginginkan keadilan terlaksana dengan memastikan penjenayah tersebut disumbat di penjara, atau jika perlu, dihukum dengan sebatan dan hukuman lain yang diperuntukkan di sisi undang-undang semaksimum mungkin. Hal ini penting, supaya keselamatan awam dapat dijaga, penjenayah diasingkan bagi melindungi orang awam...

PENGECUALIAN & DISKAUN DUTI SETEM LHDN (PINDAHMILIK & FINANCING OF LOAN)

Assalamulaikum Hari ini saya nak share sedikit tentang PENGECUALIAN & DISKAUN Duti Setem LHDN. siapa yang belum biasa dengan pembelian rumah, saya nak bagitahu setiap pembeli akan menanggung duti setem yang kena dibayar kepada LHDN mengikut harga semasa atau harga Perjanjian Jual Beli (mana-mana yang lebih tinggi). kalau kita tengok kos guaman sampai RM10,000 tu selalunya yuran guaaman RM4k je, yang lain-lain tu kos yang kita kena bayar kepada pejabat tanah, bayar kepada LHDN sampai boleh mencecah RM6,000. Banyak kan? Oleh itu kerajaan ada buat PENGECUALIAN & DISKAUN PEMBAYARAN LHDN bagi pembelian RUMAH PERTAMA. Maksudnya, pembeli tak perlu bayar duti setem LHDN tersebut. Best kan? ini bagi menggalakkan anak muda mempunyai RUMAH PERTAMA. Duti setem LHDN ni ada 2 jenis. 1) pindahmilik 2) Financing of Loan (security) DUTI SETEM LHDN PINDAHMILIK Nilai hartanah 1)RM 300,000 ke bawah -> Pengecualian PENUH (free) 2)RM300,000-RM500,000-> Diskaun RM5,000 (hanya ba...