Pecah Sempadan Tanah
Apabila dalam satu geran tanah tersebut terdapat dua, tiga, empat atau lebih nama pemilik. Di dalam geran tersebut dinyatakan bahagian masing-masing. Namun, di dalam geran tersebut tidak dinyatakan, kita punya tanah bahagian yang mana. contohnya:-
Sufian, Suhaimi, Sufirah & Solah adalah pemilik bersama satu tanah dalam satu geran. walaubagaimanapun, dalam geran tersebut tidak dinyatakan tanah mereka bahagian yang mana satu. oleh yang demikian, mereka berhasrat untuk pecah sempadan supaya setiap orang mempunyai sempadan masing-masing dan tidak ada isu di masa hadapan.
Selepas dipecah sempadan, nama pemilik-pemilik masih ada bersama dalam satu geran. masih dikategorikan sebagai pemilik bersama.
*Pecah Sempadan juga boleh dipecahkan 2 sahaja walaupun pemiliknya ada 10, mengikut persetujuan semua pemilik.
sekarang kita lihat perbezaannya dengan Pecah Bahagian Tanah.
PECAH BAHAGIAN TANAH
Pecah Bahagian Tanah pula apabila pemilik-pemilik berhasrat untuk membahagikan tanah tersebut mengikut bahagian masing-masing dan mempunyai geran sendiri masing-masing. bukan dikategorikan sebagai pemilik bersama.
Merujuk kepada rajah di atas, Sufian, Suhaimi, Sufirah & Solah mendapat geran hak milik sendiri.
Prosedur-prosedur di atas diuruskan oleh JURUUKUR. Namun, terdapat 4 situasi yang mana pemilik-pemilik perlu mendapatkan kebenaran mahkamah (perintah Mahkamah) terlebih dahulu untuk buat Pecah sempadan atau Pecah bahagian.
4 SITUASI KEBIASAAN PERLU MENDAPAT KEBENARAN MAHKAMAH TERLEBIH DAHULU
1. Jika ada tuan-tuan tanah meninggal dunia
2. Jika ada tuan-tuan tanah itu adalah kanak-kanak (berumur 18 tahun kebawah) dan ada Pemegang Amanah
3. Jika ada tuan Tanah yang OKU, tak kira dari segi fizikal dan mental @ kurang waras
4. Jika ada antara tuan tanah yang tidak setuju dengan kaedah pembahagian sempadan/bahagian tanah @ yang enggan terus pecah bahagian tanah tersebut
Jika ada tuan-tuan tanah yang termasuk dalam situasi di atas, anda hendaklah mendapatkan Perintah Mahkamah terlebih dahulu. Untuk prosedur ini selalunya diuruskan oleh Peguam yang dilantik.
UNTUK SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI: 011-19990747
mutiararuslylaw@gmail.com
TETUAN MUTIARA RUSLY & CO.


Comments
Post a Comment