Banyak kes keluarga pecah belah kerana harta pusaka. Putus sedara kerana keluarga berebutkan tanah. Sedangkan waktu kecil mereka adalah adik beradik yang saling menyayangi sentiasa bermain bersama. Anak menantu hidup sebatang kara kerana tidak mampu mempertahankan hak nya yang diambil ipar duai. Kenapa ini terjadi? Kerana ibu bapa belum mempunyai kesedaran tentang perancangan harta setelah mereka pergi.
Rakyat Malaysia perlu diberi kesedaran tentang kepentingan HIBAH.
Hibah adalah pemberian sewaktu hidup dari seseorang kepada seseorang. Hibah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja , keluarga, kawan, saudara atau sesiapa sahaja tanpa halangan dengan syarat si pemberi adalah sihat, waras dan tiada paksaan. Hal ini kerana harta itu adalah milik kita sewaktu hidup, jadi kita mempunyai kuasa untuk memberi kepada sesiapa sahaja.
Namun, jika tiada hibah, wasiat atau pesanan apa-apa kepada ahli keluarga sebelum kita meninggal, segala harta di bawah nama kita akan dibahagikan mengikut faraid atau persetujuan kesemua ahli keluarga yang masih hidup memandangkan harta tersebut bukan milik kita lagi selepas kita meninggal. Jikalau semuanya baik-baik sahaja alhamdulillah. tetapi kalau sampai menindas yang lain, bergaduh dan putus saudara? Salah kita juga.
Kerana itu, pentingnya membuat hibah supaya masa depan anak, keluarga kita terjamin. Anak bini tidak ditindas oleh orang-orang yang tidak berkelayakan atas harta kita.
JIKA TIDAK MEMBUAT HIBAH :-
Jika harta tidak alih (rumah, tanah, termasuk wang, ASB) yang tidak melebihi 2 Juta, akan di uruskan di Pejabat Tanah Daerah . Isi borang dan akan ditetapkan tarikh bicara. Sewaktu hari Bicara, semua ahli keluarga wajib hadir, kalau tak hadir kena bagi surat/borang .Waktu itu Pegawai yang bertugas akan tanya seorang demi seorang, adakah dia setuju pembahagian mengikut pembincangan sendiri. Maksudnya pembahagian harta ikut persetujuan semua ahli keluarga.Yang ini terpulang kepada semua nak bagi kakak sulung lebih atau adik bongsu lebih atau nak bagi semua harta kepada seorang ahli keluarga sahaja. Dibolehkan dengan syarat dapat PERSETUJUAN SEMUA AHLI KELUARGA. mesti tiada bantahan dari mana-mana pihak.
Kadangkala, si isteri yang kehilangan suami dipaksa bersetuju di hadapan Pegawai oleh keluarga mertua, yang mana pembahagian tersebut tidak adil. di sinilah orang-orang yang berhak ditindas.
Jikalau persetujuan semua ahli keluarga tak dapat dicapai, ada sahaja yang tak setuju, Pegawai akan cadangkan untuk pembahagian mengikut FARAID di Mahkamah Syariah.
Jadinya, bila ikut faraid, si isteri hanya dapat 1/8 bahagian dari harta suami yang mana adik beradik suami yang lain jugak mempunyai hak ke atas harta tersebut.
contohnya, jika si mati itu seorang suami yang mempunyai hanya SEBUAH RUMAH dan SEBUAH KERETA, dan dua benda itu terpaksa bahagi ikut faraid, rumah dan kereta itu senang nya terpaksa di jual dan wang itu dibahagi-bahagi kan. anak dan isteri tiada tempat tinggal.
BAGAIMANA HIBAH BOLEH MEMBANTU ANDA DAN KELUARGA?
Kita sebagai ketua keluarga sewaktu hidup mempunyai kuasa untuk memberi KESEMUA/SEBAHAGIAN harta milik kita khas untuk masa depan dan jaminan isteri dan anak-anak selepas pemergian kita. Bukan untuk menidakkan hak ibubapa dan adik beradik yang lain cuma untuk jaminan sahaja.
Hibah yang lebih sempurna apabila ada HIBAH BERTULIS yang ditandatangani oleh pemberi dan penerima dan di saksikan oleh peguam yang mana jika hibah tersebut dibantah atau dicabar, peguam tersebut akan menjadi SAKSI di Mahkamah untuk mengesahkan ketulenan hibah tersebut.
Sebarang pertanyaan email: mutiararuslylaw@gmail.com
Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan
011-19990747
Sebarang pertanyaan email: mutiararuslylaw@gmail.com
Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan
011-19990747
Comments
Post a Comment